Thursday, September 2, 2010

Nukilan Untuk Penawar Hati Mama...


Aleeya...

Kau ditakdirkan untukku

Diamanahkan kepadaku untukku memelihara

Diberi tanggungjawab untukku menyusukan

Diberi tanggungjawab untukku membelai

Diberi tanggungjawab untukku memberi kasih sayang

Dan diberi tanggungjawab untukku menjaga dan mendidik...


Kerana...mama adalah ibumu...mama juga sebagai ayahmu...


Mama perlu kuat dan tabah...

Agar dirimu menjadi anak yang baik

Agar dirimu menjadi anak yang bertanggungjawab

Agar dirimu menjadi anak yang pandai

Agar dirimu menjadi anak yang menghormati

Agar dirimu menjadi anak yang solehah

Dan berakhlak mulia...walaupun dirimu hanya insan biasa...


Aleeya...

Mama marah, bukan bererti mama tak sayang

Mama sibuk, bukan bererti mama tak ingat

Mama terlupa, bukan bererti mama alpa

Mama berdiam, bukan bererti mama tak beri perhatian...


Tapi...

Mama bukanlah wanita yang sempurna

Untuk mama berikan segala yang ada di atas muka bumi ini...


Ketahuilah anakku...

Sekalipun diberi ujian dan dugaan

Mama tetap mencintai dan menyayangimu

Anugerah yang tidak ternilai dari Yang Maha Esa

Harta di dunia dan di akhirat yang mama ada

Hanya dirimu, anakku...


Bila mama penat, kau berikan senyuman manis padaku

Bila mama marah, kau akui kesilapanmu dan ambil hatiku

Bila mama menangis, kau memujuk sambil memelukku

Bila mama ketawa, kau pun turut ketawa walau tidak mengerti apa-apa...


Sayang mama...

Kaulah penawar hatiku...


Love,

MAMA



Friday, March 19, 2010

SaLaM...

Lama sudah tak menjengah my blog...huhu...tiada idea utk menulis...tiada masa untuk sign in...asyik dgn facebook je la kan...lalalala~

How r u, guy
s??? I'm doin' great here...alhamdulillah, kehidupan semakin baik...my lil' butterfly, Aleeya pun makin besar...dah 2 tahun umurnya...cepat tul masa berlalu...mengenangkan umurku yg makin hari makin tua...huhu...this year masuk 28 tahun...aduiiii...tak sanggup nak count hari2 yg mendatang...angka 30 semakin hampir...arrggghhh! ntah kenapa perasaan ni berdebar je dgn usia 30 tahun...apa kes??? hahaha! sengal... ;p

Last 2 weeks kami adakan Birthday Party for my princess yg ke-2 tahun...very happening...aleeya pun
seronok ramai orang dtg ke rumah...ada ramai kawan...dah 2 tahun jadi mama Aleeya, sekelip mata Aleeya membesar...syukur Alhamdulillah...moga Allah panjangkan umurnya, dikurniakan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu hendaknya...amin...mama always love u, my dear...mmmuuuuaahhhh!!!

So touching bila sebut pasal anak...ntah kenapa perasaan itu muncul pd setiap ibu yg berjiwa penyayang...hehe...of coz la kan...aku yg mengandung dan melahirkannya...dah tentu naluri dan jiwaku begitu kuat pd anak...apa-apa yg kulakukan, pasti dahulukan anak...kalo dulu sebelum kawin, fikir diri sendiri je...now semuanya anak...hikhik...

Ini antara gambar-gambar masa Birthday Party Aleeya pada 6.3.2010 (Sabtu) :-

Decoration ~ Made by Me & My mom


Hall


18" Balloon For Aleeya


Birthday Girl


my lil' butterfly


Birthday Cake


Potong Kek


Dira & Angel pun hadir




The Presents


Terima kasih pada semua yang sudi hadir pada majlis kami...really appreciate it... ;)


Tuesday, January 5, 2010

Welcome 2010 !!!

Masih belum terlambat utk wish Selamat Tahun Baru kpd semua...cepatnya masa berlalu...pejam celik pejam celik, umurku akan bertambah satu tahun lg...uhuhu...anakku juga masuk umur 2 tahun...seronok melihat anak membesar di depan mata...aku seorg mama??? macam tak percaya! eheh...maybe coz status aku sbg ibu tunggal maka aku berperasaan begitu...

Tahun baru...mulakan hidup baru, misi dan visi baru...syukur, Alhamdulillah...rezeki semakin bertambah...pada hari pertama bekerja di tahun baru, dapat pula berita baik...naik pangkat dan naik gaji...syukur yg amat ke hadrat Ilahi...berita yg sangat menggembirakan...tapi, makin bertambahlah tanggungjawab yg harus kupikul...di rumah, aku sebagai seorang anak sulung dan ibu kepada anak tunggalku...manakala di pejabat, aku sebagai seorang executive...akan ku cuba buat yg terbaik utk parents, anakku dan syarikat...wah, inilah azam baru aku...hihihi...ikutkan terlalu banyak azam yg belum mampu tercapai...kita hanya merancang, Allah juga yg tentukan...

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku yg lalu...ampunkanlah dosa-dosa kedua ibubapaku...kasihi mereka sebagaimana mereka mengasihiku semenjak aku kecil lagi...sejahterakanlah kehidupan kami sekeluarga...murahkanlah rezeki bagi kami...jauhi kami dari keburukan dan kejahatan...jauhi kami dari hasad dengki hati manusia...jauhi kami dari penganiyaan...jauhi kami dari malapetaka dan bencana...

Ya Allah, semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya...kurniakanlah kebahagiaan bagi kami di dunia dan di akhirat...Kau berkatilah kehidupan dan pekerjaan kami...

Ya Allah, lindungilah anakku...jauhi anakku dari akhlak dan sifat buruk...jauhi anakku dari kejahatan...jauhi anakku dari penganiayaan...permudahkanlah bagiku untuk pelihara dan mendidik amanahMu ini...agar anakku menjadi anak yg solehah dan baik budi pekerti...kurniakannya akal dan minda yg cerdik...tunjukkan kami ke jalan yg Kau redhai...berilah kami petunjuk dan hidayahMu Ya Allah...agar kami menjadi insan yg murni dan solehah...yg beriman dan bertaqwa...

Ya Allah, hanya Engkau Maha Mengetahui apa yg terbaik bagi kami Ya Allah...perkenankan doa-doaku...wahai Tuhan Alam Semesta...Amin Ya Rabbal'alamin...

Tuesday, December 29, 2009

Perkahwinan Ain & Meor

Tanggal 26.12.2009 (Sabtu) berlangsungnya perkahwinan sepupuku (Ain) di Pulau Gadong, Melaka...aku diberi kepercayaan untuk menjadi jurusoleknya...pakaian adalah pilihan pengantin sendiri coz kerja aku cuma make-up dan sediakan accessories...part time job katakan...inilah hasilnya...hehe...

Majlis Akad Nikah :


















Majlis Persandingan :













Alhamdulillah, semua berpuas hati dengan hasil mekap itu...
Syukur majlis berjalan lancar dan cuaca pun baik walau panas terik...

Tahniah, Ain & Meor!!!
Selamat Pengantin Baru...
Moga bahagia ke akhir hayat...Amin... ;)

Tuesday, December 15, 2009

Mutiara Kata

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu...."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali...

Monday, December 14, 2009

Perbezaan Antara Otak PEREMPUAN dengan Otak LELAKI

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia...dibawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama.....


Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri


Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
berapa banyak?


tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)


baca sekali lagi!


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...


otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat mengira ke semua 6 F's pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN

Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana kebenaran perkara ini...

Puasa Si Miskin

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.