Wednesday, June 15, 2011

Hati & Perasaan

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Wallahu A'lam.

Tuesday, February 8, 2011

HIKMAH

Di tepi kerinduan ku

Memandang hampa pada dunia

Ku hanya orang biasa

Tak lepas dari rasa kecewa…


Hanya padaMu tempatku mengadu

Pahit yang kini menyiksaku

Aku percaya tiada yang sia-sia

Semua kan ada hikmahnya…


Subhanallah…Walhamdulillah

Astaghfirullah…Wallahuakbar

Subhanallah…Walhamdulillah

Astaghfirullah…Hasbiallah…


Alam yang membalut mimpi

Dulu melukis nyanyian hati

Ku hanya orang yang kalah

Satukan hatimu yang terbelah…


Hanya padaMu tempatku mengadu

Pahit yang kini menyiksaku

Aku percaya tiada yang sia-sia

Semua kan ada hikmahnya…


Subhanallah…Walhamdulillah

Astaghfirullah…Wallahuakbar

Subhanallah…Walhamdulillah

Astaghfirullah…Hasbiallah…

.

.

Sunday, February 6, 2011

Menaruh Harapan


Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui...

Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh...

( korus )
Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap...
Dihati kecil ku menaruh harapan...

Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu...




Aleeya...

I will love you and protect you (always)...
You're my life...my soul, my everything~
May we find our happiness
with Allah blessed...

Love,
Mama...

.

Friday, February 4, 2011

Hopelessly Devoted To You


here is my favourite song ever by Olivia Newton John (film GREASE) ;


Guess mine is not the first heart broken
My eyes are not the first to cry

I'm not the first to know
There's just no gettin' over you...


I know I'm just a fool who's willing

To sit around and wait for you
But baby can't you see,
There's nothin' else for me to do

I'm hopelessly devoted to you...

But now there's nowhere to hide
Since you pushed my love aside
I'm not in my head
Hopelessly devoted to you
Hopelessly devoted to you
Hopelessly devoted to you...

My head is saying "Fool, forget him"
My heart is saying "Don't let go,
Hold on to the end"
That's what I intend to do
I'm hopelessly devoted to you...

But now there's nowhere to hide
Since you pushed my love aside
I'm not in my head
Hopelessly devoted to you
Hopelessly devoted to you
Hopelessly devoted to you...




.

Thursday, February 3, 2011

February - Bulan Cinta


Tik! Tik! Tik! Waktu berdetik...


Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan February 2011...serasa tak percaya, tapi itulah hakikatnya...kehidupan...perjalanan...tanpa sedar, kita meniti hari setahun lagi meningkat TUA...syukur Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan usia untuk menikmati kehidupan ini bersama insan-insan kesayangan kita...keluarga, sahabat handai, kekasih, anak-anak, suami, mahupun isteri...


Ramai yang menganggap, February adalah Bulan Cinta...especially bila tibanya 14 February iaitu Hari Kekasih (Valentines Day)...perlukah kita menyambutnya? Bagi sesetengah orang, setiap tahun meraikannya dengan insan tercinta...aku tak mahu menyebut isu sensitif berkaitan agama di sini...terpulang pada individu...mungkin itu antara cara masing-masing untuk meluangkan masa dengan insan tercinta...


Sedari dulu, memang aku tak pernah
menyambutnya...sekalipun ada kekasih mahupun suami sebelum ini, aku tidak pernah menyambutnya...mungkin sebab setiap kali Valentines Day, aku berstatus Single & Available...eheh, kebetulan la tu...tapi, adakala seronok tengok mereka happy meraikannya bersama insan teristimewa...pasangan kekasih mahupun suami isteri yang meraikannya, aku tumpang gembira...tidak terdetik di hati perasaan cemburu melihat mereka terima bunga atau hadiah di hari Valentines...sudah biasa agaknya...

Bagiku, hari-hari adalah hari berkasih sayang...tidak menunggu 14 Febuari untuk meraikannya...ya, mungkin kerana aku mengakui TIDAK PERNAH meraikannya dengan sesiapa (kekasih/bekas suami)...tetapi hari-hari aku berkasih sayang bersama anak dan keluargaku...hubungan kami yang rapat, sentiasa meraikannya bersama tak kira waktu...apatah lagi kasih sayang untuk anakku yang tidak pernah kurang dari perhatian kami...
;)

Lagipun, hari lahir anakku menjelang 4 March nanti juga kami boleh raikan sekaligus...jadi, tiada lilin untuk kami pasangkan api dalam bulan February ini...ohohoho! Lepas ni aku kena fikirkan pula majlis makan untuk hari lahir ke-3 tahun anakku, Aleeya...lebih menyeronokkan, kali ini Aleeya tidak menyambutnya berseorangan kerana dia berkongsi tarikh lahir dengan sepupunya, Naseem Hafiy yang akan genap usia setahun pada tahun ini...esok genap umur Aleeya 2 tahun 11 bulan, manakala Naseem genap 11 bulan... ;D


Erm...bercerita semula tentang Bulan Cinta, teringat pulak satu lagu dangdut dari kumpulan Eva, "Bulan Cinta"...hahaha...time sekolah dulu kan famous dengan penyanyi berkumpulan yang menyanyi sambil menari like Feminine, Res'2, Elite, 4u2c, A To Z, Nico dan lain-lain...lagu Bulan Cinta ni la antara yang top dulu...hihihi... ;P


Apa-apa pun, semoga semua happy di walau di mana anda berada...berkasih sayanglah sesama manusia, eratkan silaturrahim antara kita...
Happy Valentines Day kepada yang menyambutnya...Semoga berbahagia selalu hendaknya... :D

See ya!


(^ - ^)v


Saturday, January 8, 2011

Cinta Monyet

Baca tajuk pun mesti u all nak tahu apa kisah kali ini kan? hehe...pernah alami 'Cinta Monyet'? mestilah pernah kan...tipu la kalau tak pernah...alalala...zaman sekolah rendah ke, sekolah menengah ke...time kecik2 dulu apa tahu...cinta cikai aka cinta sekejap...bukan cinta tulus gitu...huhu...yelah kan, dulu masa sekolah apa tahu...nak pulak time umur 15 thn ke bawah~ bawah umur katakan...tak tahu apa...kawan-kawan ber'boyfren, kita pun nak boyfren...orang besar nak ber'couple, kita pun sibuk nak couple...alahaiiii...orang sibuk study, kita sibuk dating...muahaha...teringat balik zaman hingusan aku dulu... ;p

hmmm...bila bercerita pasal Cinta Monyet ni, sebenarnya aku tersentak bila my first boyfren masa cinta monyet di tingkatan 2 tiba-tiba add aku as a friend dalam satu website yg fofular...huhu...mana taknya, even before this pernah gak la saje search nama-nama yg pernah aku kenali dulu termasuk namanya, xde lak aku jumpa...tuptup, macam ketahuan je dia hantar request pada aku...sebelum approved, aku tengok dulu gambarnya...kot kalau memang benar apa yg aku agak itu dia...hah, tidak syak lagi! memang dia! hihihi... ;)

aku tahu dia dah kahwin bila tengok statusnya, "married"...hehe...tak kisah la, bukan aku ada perasaan apa-apa pun...hanya sebagai kawan lama...lagipun, cinta monyet yg dulu bagi aku masa tu kanak-kanak ribena lagi...belum tahu apa-apa tentang perasaan aku yg sebenarnya...apa itu CINTA? huhu...maaf andainya si dia terbaca entry ini...bukan bermaksud untuk mengungkit kisah lalu...hanya sebagai kenangan je coz hatiku terusik untuk bercerita tentang cinta monyet pertamaku dalam entry kali ini...

erm, kisahnya...aku sendiri pun lupa macamana kami putus dulu...tapi, yang aku tahu, memang aku yang tinggalkan dia...eh, bukan sebab sengaja mahu melukakan hatinya...janganlah fikir aku ni jahat pulak kan...tapi, yang pastinya, masa tu belum betul-betul bersedia...apatah lagi waktu tu aku masih muda dan mentah...umur baru 14 tahun, apa la sangat kalau aku nak bercintun mati kan...mana la aku reti...tapi, mungkin atas sebab kecil yang buatkan aku hilang keyakinan dan kepercayaan kot yang membuatkan aku tekad memutuskan hubungan...sebab salah faham pun ada juga...mungkin juga kerana aku tidak pernah memberinya peluang untuk memberi penjelasan dan aku sendiri tidak memberi ruang dan menjelaskan keadaan, terus tinggal gitu je...jahat ke aku? bagi aku masa tu, memang jahat la kot...bak lagu penyanyi kelahiran Sabah, Stacy yg bertajuk 'JAHAT' tu...lepas tu terus kami lost contact walaupun beberapa kali dia menghubungiku meminta penjelasan sebelum kami sepi tanpa khabar berita masing-masing...

at first chatting dengan dia minggu lalu, sempat jugalah kami berbual pasal hubungan kami dulu...first love la katakan...dia kata, dia ralat bila aku tinggalkan dia gitu je...tapi, sebab aku jugalah dia belajar dari pengalaman...menjadi lelaki setia pada isterinya sekarang (kalau betul, baguslah...aku tumpang happy)...katanya lagi, lepas putus dgn aku, dia jadi anti-perempuan...sampailah form 4, dia kenal dengan someone, then couple dan hubungan itu diikat secara sah sebagai suami isteri beberapa tahun kemudian...itulah isterinya sekarang (dah 4 tahun diorg kahwin meskipun belum dikurniakan cahayamata)...setianya dia...bagus kan? aku gembira bila dia bahagia...alhamdulillah...meskipun disebabkan aku dia kecewa, tapi, disebabkan aku juga dia menjadi lelaki setia...hopefully hubungan mereka kekal ke akhir hayat...amin~ :)

yang paling mengejutkan, dia cakap, isterinya tahu pasal aku sejak mula mereka berkawan sampailah sekarang...ces! rupanya mereka selalu mengumpat pasal aku...tapi, dia cakap perkara yang elok je la kat isterinya (katanya lah...yg betulnya aku tak tahu...kot saje je dia nak sedapkan hati aku)...konon aku ni baik hati dan budi (erk! aku dah tinggalkan dia pun dia cakap aku ni baik hati? isk!)...siap dia cakap masih simpan lagi pic aku dgn dia...oit! oit! jangan cari pasal weiii...aku taknak jadi penyebab lak nanti...tapi katanya, pic tu siap isterinya yg simpankan lak tu...adedehhh...risau lak aku...huhu...sib baik la pic zaman hingusan time aku comotz dulu...wakaka! tapi serius aku lupa kami pernah ambil gambar bersama...lupa lak nak tanya dia guna camera siapa time tu...eheh...penting ke? abaikan je... :D

sesekali kami chatting, berborak dengan dia hanya sebagai kawan lama yang bertemu semula...no jiwang-jiwang k...tiada perasaan la kan...sedangkan masa couple dulu pun sekejap je...perasaan masa tu pun entah apa-apa...serius tak ingat apa yang berlaku sebelum berpisah dulu...mana taknya, dah 14 tahun berlalu...yang bagusnya, dia ingat semua pasal aku...tapi, aku tak ingat pun pasal dia...macamana dia kenal aku, punyalah susah nak ngorat aku dulu...ikut aku dari Kompleks PKNS ke Perpustakaan Shah Alam tu (maklumlah, time tu jalan kaki je...coz budak-budak sekolah abis sekolah pagi, time petang pergi perpustakaan awam (alasan bagi kat parent, padahal nak melepak kat Taman Tasik Shah Alam atau Kompleks PKNS tu)...yeke? aku pun lupa part tu...banyak lagi yang dia ingat...eheh...whatever...sempat juga la aku tanya, dulu aku ada minta maaf tak kat dia...dia cakap takde...aku blah gitu je tanpa penjelasan dan alasan...huhu...baru aritu aku minta maaf kat dia...dia kata takpe, kisah lama...erm...betul-betul ni, kalau dia baca entry ni, aku nak dia tahu, aku minta maaf kat dia setulus hatiku coz buat dia terluka dulu...yelah kan, kita kena minta maaf pada semua orang sebelum kita mati kan? tak kira la bila-bila pun, yang pastinya kita kena minta maaf andai ada perkara yg sengaja atau tidak disengajakan telah mengguris hati mereka... (- . -')

itulah antara kenangan yang aku nak titipkan buat tatapan peminat...ekeke...ok, cukup sampai sini je aku cerita pasal first Cinta Monyet ku...nanti kembang semangkuk lak dia...eheh...apa pun, aku berterima kasih gak kat dia yang buat aku kenal erti bercouple...kalau tak, memang hampeh tak tahu...ehekk...tapi, lepas putus dengan dia, tahun berikutnya...pergh! tak payah cakap la...malas aku...biar aku sorang je simpan cerita tak berfaedah tu...hihihi...eleh, korg mesti nak tahu la tu kan...lain kali la aku cerita kalau rajin... ;D

well, happy weekend ya!
tata!

(^ - ^)v

Thursday, January 6, 2011

Hari Ini...

Bekerja macam biasa...cuma kali ini sunyi tanpa officemate yg menjadi teman ketawa di pejabat...huhu...dalam masa tengah free ni, xde keje, leh la juga coretkan sikit my entry...so, amacam new year? ada perubahan pape tak? i don't think ada perubahan banyak la kan...still the same di awal tahun ni...lepas ni tak tahu la mcmana...however, kekalkan mood happy untuk hari ini...hopefully takde perkara yg sedih, sakit hati dan lain2 yg boleh hilangkan mood seharian... :)

Awal pagi tadi aku terjaga jam 4.00am...lepas setengah jam baru boleh tidur semula...first, anakku meragam coz maybe dia penat bermain di rumah babysitter or mimpi apa agaknya dia merengek pagi2 buta...then, tiba-tiba otak ni ligat berputaran fikirkan pasal kerja di pejabat...alalala...perkara ni selalu je ganggu tidurku...masa nak tidur, masa tu la fikir pasal kerja...adedehhh...biasalah, kerja mana la pernah abis kan...hehe...tapi, bila masuk ofis, haa...terus xde fikir apa-apa...cuma update apa2 yang pending...tu je...coz semua yg penting aku dah settle awal-awal...sama juga dengan Ira, my officemate...dia pun buat kerja laju je...semua settled...tapi hari ni dia MC, kena demam selsema dan batuk-batuk...musim demam la sekarang...cuaca tak menentu...nowadays kejap-kejap hujan je kan...Isnin aritu pun aku hampir demam...dari tengahari sakit kepala berdenyut-denyut...i took a rest from 1.00pm til 5.30pm...then masa drive, tiba-tiba loya tekak ni...aku stop di tepi jalan, then...wekkkk...uweekkk...eheh...teringat lak masa alahan di awal p[regnancy dulu...owh, tidak! alahan aku dulu sangat teruk ok...setiap jam asyik muntah je...sampai lembik for few months...siap bekas muntah letak kat bawah katil...huhu...sangat tak larat untuk bangun, badan pun kurus melidi...minum air suam pun keluar balik...isk, itulah pengalaman sepanjang mengandungkan aleeya dulu...tapi, yg aku muntah tepi jalan ni bukan sebab aku pregnant tau! tapi sebab terlalu sakit kepala ni...sampai rumah terus tidur...seharian tak lalu makan...hanya makan panadol sebijik! ;p

The next day lemah sikit di waktu pagi, tapi lepas tu ok macam biasa...alhamdulillah, boleh bekerja like normal...hehe...aku ni jarang demam...dan kalau boleh, nak elakkan demam...coz kalau demam, memang makan hari gak nak sembuh...dah la tak suka makan ubat...adedehhh...kena paksa baru ler makan ubat...kalau tak, hampeh! now anakku pulak ikut perangai aku, tak suka makan ubat...hahaha...ambik ko! sekali disuruh makan ubat, melalak la dia taknak makan...disuruh telan, diluakkan balik...aduiii... :'P

Hopefully, u all semua dalam keadaan sihat hendaknya ya...kerja-kerja gak, tapi kesihatan perlu diutamakan...jaga diri baik-baik...jangan lupa makan ikut aturan (padahal aku pun makan tak menentu...jangan ikut contoh aku)...nanti dah kena gastrik (mcm aku), memang payah...pernah gak aku kena gastrik teruk sampai masuk hospital...merasa gak la naik ambulans dulu...hikhik...sebabnya, makan lambat coz before this selalu abai makan...nah, sekarang asyik makan je...badan pun makin naik...ekeke...takpela, janji sihat...selagi ada kudrat dan diberi nikmat makan, kita makan la kan...jangan sampai Allah tarik balik nikmat, nah, masa tu baru la menyesal...ingat tu... ;)

OK la, tetiba potpet pasal tah apa-apa...hik...tengah kebosanan, begini ler...take care yek!
Have a great day!
;D

(^ - ^)v