Tik! Tik! Tik! Waktu berdetik...
Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan February 2011...serasa tak percaya, tapi itulah hakikatnya...kehidupan...perjalanan...tanpa sedar, kita meniti hari setahun lagi meningkat TUA...syukur Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan usia untuk menikmati kehidupan ini bersama insan-insan kesayangan kita...keluarga, sahabat handai, kekasih, anak-anak, suami, mahupun isteri...
Ramai yang menganggap, February adalah Bulan Cinta...especially bila tibanya 14 February iaitu Hari Kekasih (Valentines Day)...perlukah kita menyambutnya? Bagi sesetengah orang, setiap tahun meraikannya dengan insan tercinta...aku tak mahu menyebut isu sensitif berkaitan agama di sini...terpulang pada individu...mungkin itu antara cara masing-masing untuk meluangkan masa dengan insan tercinta...
Sedari dulu, memang aku tak pernah menyambutnya...sekalipun ada kekasih mahupun suami sebelum ini, aku tidak pernah menyambutnya...mungkin sebab setiap kali Valentines Day, aku berstatus Single & Available...eheh, kebetulan la tu...tapi, adakala seronok tengok mereka happy meraikannya bersama insan teristimewa...pasangan kekasih mahupun suami isteri yang meraikannya, aku tumpang gembira...tidak terdetik di hati perasaan cemburu melihat mereka terima bunga atau hadiah di hari Valentines...sudah biasa agaknya...
Bagiku, hari-hari adalah hari berkasih sayang...tidak menunggu 14 Febuari untuk meraikannya...ya, mungkin kerana aku mengakui TIDAK PERNAH meraikannya dengan sesiapa (kekasih/bekas suami)...tetapi hari-hari aku berkasih sayang bersama anak dan keluargaku...hubungan kami yang rapat, sentiasa meraikannya bersama tak kira waktu...apatah lagi kasih sayang untuk anakku yang tidak pernah kurang dari perhatian kami... ;)
Lagipun, hari lahir anakku menjelang 4 March nanti juga kami boleh raikan sekaligus...jadi, tiada lilin untuk kami pasangkan api dalam bulan February ini...ohohoho! Lepas ni aku kena fikirkan pula majlis makan untuk hari lahir ke-3 tahun anakku, Aleeya...lebih menyeronokkan, kali ini Aleeya tidak menyambutnya berseorangan kerana dia berkongsi tarikh lahir dengan sepupunya, Naseem Hafiy yang akan genap usia setahun pada tahun ini...esok genap umur Aleeya 2 tahun 11 bulan, manakala Naseem genap 11 bulan... ;D
Erm...bercerita semula tentang Bulan Cinta, teringat pulak satu lagu dangdut dari kumpulan Eva, "Bulan Cinta"...hahaha...time sekolah dulu kan famous dengan penyanyi berkumpulan yang menyanyi sambil menari like Feminine, Res'2, Elite, 4u2c, A To Z, Nico dan lain-lain...lagu Bulan Cinta ni la antara yang top dulu...hihihi... ;P
Apa-apa pun, semoga semua happy di walau di mana anda berada...berkasih sayanglah sesama manusia, eratkan silaturrahim antara kita... Happy Valentines Day kepada yang menyambutnya...Semoga berbahagia selalu hendaknya... :D
See ya!
(^ - ^)v





No comments:
Post a Comment