Sunday, January 2, 2011

Tahun Baru Di Cameron Highlands

Nak pergi ke taknak? Nak pergi ke taknak??? entah berapa kali berkira-kira, finally pergi jua ke Cameron Highlands...hihihi...dengan penuh semangat, aku redah jua ikut keluarga yg lain sertai konvoi kali ini...best! mmg best coz kami selalu bercuti bersama...walaupun ambil masa satu hari, kami tak kisah asalkan dapat luangkan masa bersama-sama...ini kerana family belah emakku memang rapat...teringat bila bekas suamiku dulu tak dapat terima keakraban antara aku dan sepupu-sepupuku...huhu~

Lupakan kisah si dia itu, coz kali ini aku nak bercerita tentang percutian kami yg walaupun taklah jauh mana, tapi, namanya pun Cuti-Cuti Malaysia kan...tak banyak tempat yg kami pergi coz masa terhad...yela, on the way ke Cameron Highlands je dah ambil masa 6 jam...dari jam 2.00pm, tiba di Hotel Herington (Apartment) jam 8.30pm...sesampai je di tengah pekan, kami singgah di gedung bundle...semata-mata untuk beli stoking dan sweater...kami semua borong je kat sana coz tak bawak pun baju sweater...aku beli sehelai sweater untuk diriku dan dua helai sweater untuk anakku...lepas tu baru la kami gerak semula ke hotel...tak lama lps sampai hotel (after dinner), sepupuku ajak keluar ke nite market...tu pun tak sempat beli banyak coz nite market tutup awal...hujan pulak tu! dapat la beli sarung tangan untuk aleeya dan dua lagi anak buahku dan satu helai legging untuk aleeya...then kami singgah ke kedai aneka jualan...yang pastinya, sepanjang perjalanan, aku nampak banyak betul bantal strawberry...alalala...dalam banyak-banyak tu, satu bantal pun aku tak beli...hik...termasuk di kedai tadi...saje temankan sepupuku yang mahu belikan beg sandang kecil untuk anak perempuannya...terima kasih gak kat dia yg belanja belikan stocking aleeya...bukan tak mampu beli, tapi dia yg nak bayarkan...hehe...tu je...lepas tu balik ke apartment...so, saje la aku nak kongsikan sikit kat sini...hehe...

Jangan la boring, geng...baca sudeyyy...sambil melihat-lihat beberapa keping gambar yang ada...takde la banyak mana pun gambarnya...tapi, cukuplah dapat buat kenangan coz kami tak pergi banyak tempat pun...semalam cuaca hujan sepanjang jalan dari Ipoh hingga ke puncak Cameron Highlands...hanya tinggal sehari (hari ini) saja yg kami dpt luangkan masa untuk berjalan-jalan...memandangkan kami tak pernah ke ladang teh, inilah buat pertama kali kami jejakkan kaki di ladang teh yg luas terbentang...punyalah kagum...hikhik...lepas tu, kami tak pergi tempat lain, kecuali singgah ke suatu kedai yg tujuannya hanya untuk membeli
strawberry dan sayur-sayuran sewaktu dalam perjalanan pulang tadi...

Alhamdulillah...kami selamat sampai pulang dari Cameron Highlands...cuak juga turun dari puncak menuju ke Tapah...berliku-liku, selekoh tajam, melalui tebing tinggi yg jalannya kecil...uhuhu...aku tak berani nak drive menuruni bukit itu sekalipun dah biasa naik turun Genting Highlands...maybe tak biasa coz semalam first time drive sendiri tanpa tukar driver dari Bukit Mahkota ke Cameron Highlands...hehe...dan sewaktu pulang tadi, aku minta sepupuku yang memandu kereta...ehee...


Nah, ini sedikit sebanyak gambar buat tatapan kalian ;



Di Hotel Herington (Apartment)



Posing sebelum ke Ladang Teh BOH



k.a.m.i



Pemandangan Ladang Teh BOH



Mendaki



Di Puncak Ladang Teh



Pose Lagik!



Pelancong



View dari Puncak



Bergambar di puncak



Breakfast di puncak



Kenangan di Ladang Teh BOH



Aleeya enjoyed the trip

OK, setakat ini kisah percutian kali ini coz hari dah lewat malam...masa untuk gerak pulang ke Shah Alam pula...esok KERJA! huhu~

Jumpa Lagi!!!


(^ - ^)v

No comments:

Post a Comment