Sunday, January 2, 2011

Tahun Baru Di Cameron Highlands

Nak pergi ke taknak? Nak pergi ke taknak??? entah berapa kali berkira-kira, finally pergi jua ke Cameron Highlands...hihihi...dengan penuh semangat, aku redah jua ikut keluarga yg lain sertai konvoi kali ini...best! mmg best coz kami selalu bercuti bersama...walaupun ambil masa satu hari, kami tak kisah asalkan dapat luangkan masa bersama-sama...ini kerana family belah emakku memang rapat...teringat bila bekas suamiku dulu tak dapat terima keakraban antara aku dan sepupu-sepupuku...huhu~

Lupakan kisah si dia itu, coz kali ini aku nak bercerita tentang percutian kami yg walaupun taklah jauh mana, tapi, namanya pun Cuti-Cuti Malaysia kan...tak banyak tempat yg kami pergi coz masa terhad...yela, on the way ke Cameron Highlands je dah ambil masa 6 jam...dari jam 2.00pm, tiba di Hotel Herington (Apartment) jam 8.30pm...sesampai je di tengah pekan, kami singgah di gedung bundle...semata-mata untuk beli stoking dan sweater...kami semua borong je kat sana coz tak bawak pun baju sweater...aku beli sehelai sweater untuk diriku dan dua helai sweater untuk anakku...lepas tu baru la kami gerak semula ke hotel...tak lama lps sampai hotel (after dinner), sepupuku ajak keluar ke nite market...tu pun tak sempat beli banyak coz nite market tutup awal...hujan pulak tu! dapat la beli sarung tangan untuk aleeya dan dua lagi anak buahku dan satu helai legging untuk aleeya...then kami singgah ke kedai aneka jualan...yang pastinya, sepanjang perjalanan, aku nampak banyak betul bantal strawberry...alalala...dalam banyak-banyak tu, satu bantal pun aku tak beli...hik...termasuk di kedai tadi...saje temankan sepupuku yang mahu belikan beg sandang kecil untuk anak perempuannya...terima kasih gak kat dia yg belanja belikan stocking aleeya...bukan tak mampu beli, tapi dia yg nak bayarkan...hehe...tu je...lepas tu balik ke apartment...so, saje la aku nak kongsikan sikit kat sini...hehe...

Jangan la boring, geng...baca sudeyyy...sambil melihat-lihat beberapa keping gambar yang ada...takde la banyak mana pun gambarnya...tapi, cukuplah dapat buat kenangan coz kami tak pergi banyak tempat pun...semalam cuaca hujan sepanjang jalan dari Ipoh hingga ke puncak Cameron Highlands...hanya tinggal sehari (hari ini) saja yg kami dpt luangkan masa untuk berjalan-jalan...memandangkan kami tak pernah ke ladang teh, inilah buat pertama kali kami jejakkan kaki di ladang teh yg luas terbentang...punyalah kagum...hikhik...lepas tu, kami tak pergi tempat lain, kecuali singgah ke suatu kedai yg tujuannya hanya untuk membeli
strawberry dan sayur-sayuran sewaktu dalam perjalanan pulang tadi...

Alhamdulillah...kami selamat sampai pulang dari Cameron Highlands...cuak juga turun dari puncak menuju ke Tapah...berliku-liku, selekoh tajam, melalui tebing tinggi yg jalannya kecil...uhuhu...aku tak berani nak drive menuruni bukit itu sekalipun dah biasa naik turun Genting Highlands...maybe tak biasa coz semalam first time drive sendiri tanpa tukar driver dari Bukit Mahkota ke Cameron Highlands...hehe...dan sewaktu pulang tadi, aku minta sepupuku yang memandu kereta...ehee...


Nah, ini sedikit sebanyak gambar buat tatapan kalian ;



Di Hotel Herington (Apartment)



Posing sebelum ke Ladang Teh BOH



k.a.m.i



Pemandangan Ladang Teh BOH



Mendaki



Di Puncak Ladang Teh



Pose Lagik!



Pelancong



View dari Puncak



Bergambar di puncak



Breakfast di puncak



Kenangan di Ladang Teh BOH



Aleeya enjoyed the trip

OK, setakat ini kisah percutian kali ini coz hari dah lewat malam...masa untuk gerak pulang ke Shah Alam pula...esok KERJA! huhu~

Jumpa Lagi!!!


(^ - ^)v

Saturday, January 1, 2011

HAPPY 2011

HaPpy New YeaR !!! ;D

WoW!!! Cepatnya masa berlalu...terasa baru semalam Januari 2010...sekarang (12.30am) sudah melangkah 1.1.2011...makanya umurku juga akan menginjak ke-29 walaupun tarikh lahirku di pertengahan 2011...huhu~ mak dah tueee.......inikan pula dah lama aku tak mencoret sebarang topik di sini...al-maklumlah, kerjaku yg semakin byk dan tanggungjwbku yg semakin berat menghadkan masa ku utk menulis di blog...semoga u all sempat meluangkan masa membaca coretanku yg tak seberapa ini...
:' P

Tetapi, ada yg lebih membuatkan aku tak percaya ~ anakku akan menjejaki usia 3 tahun dlm masa 2 bulan dr sekarang (4.3.2011)!!! pergh! biau betullll...hihihi...mcmana pun, org kata kami dua ni mcm adik dgn kakak! ekeke...bertambah kembang la aku yg semakin mengembang ni...adedehhh...kena diet blk nih...huhu~
(^^)v

Seperti biasa, hidupku tidak pernah menetapkan azam tiap kali melangkah ke tahun baru...bagiku, azam tidak perlu menunggu tahun baru...azam yg perlu ada dlm diri bila2 masa pun akan dititipkan...dan yg penting, perlu ada kesungguhan...kalau setakat hangat2 tahi ayam, buat apa kan? lebih baik lupakan je azam tu...

Kali ini, aku cipta record...cipta AZAM ~ membina hidup baru dgn lebih baik dr sebelumnya serta menjadi ibu yg mithali dan solehah...yg tegas, tetapi penuh kasih sayang...byk juga sms yg ku perolehi dr sahabat handai yg mendoakan kebaikan utkku dan anak...terima kasih kepada semua yg mengingatiku...moga mereka mendapat rahmat dari Allah swt di atas doa-doa tersebut...
:)

Malam ini waktu menulis entry ni, aku berada di rumah ibu saudara di Bukit Mahkota...semestinya ramai yg keluar menghabiskan masa melepak di luar menyambut Tahun Baru 2011...sebaliknya aku memilih malam tahun baru ini utk lepak bersama keluarga di
sini...kemungkinan hari ini kami akan ke Cameron Highlands bersama makcikku sekeluarga...bunyi mcm best je...tp, belum tahu samada nak join ke taknak ni...erm, rasa mcm nak pergi coz ini juga adalah kali pertama anakku jejakkan kaki di sana...dan di Cameron Highlands jugalah tempat aku dan bekas suami honeymoon dulu...maka wujud lah Raja Aleeya Zulaikha selepas itu hasil dari benih kami berdua...huhu..suburnya aku tika itu...bunting pelamin...hihihi...tuptup dah 3 tahun berlalu sejak kali terakhir ke sana dan hari ini pula keluargaku rancang utk ke Cameron Highlands...err...redah je la kot...

Apakah azam baru kalian? Mesti ada yg plan nak cari duit lebih, nak kahwin, nak bina keluarga bahagia...kahwin? sebut pasal kahwin, aku pula yg tersentap...last weekend blk kg...ntah dah berapa org tanya aku dah ada pengganti ke belum? adedehhh...soalan cepumas apakah ini? serasa belum bersedia utk semua tu...paling best bila ada saudara yg tanya (risik) direct depan-depan ibuku dan makcik-makcikku yg lain...hahaha...macam-macam la kan...hmmm...betul, aku belum bersedia utk berkahwin kali kedua...entah bila agaknya fobiaku akan
hilang? mungkin berkawan atau bercinta itu boleh...tapi, berkahwin............erm...err.........

Mungkin orang kata, lupakan kisah lama, mulakan hidup baru...jangan putus asa hanya disebabkan peristiwa pahit yg telah kulalui dulu....cakap mungkin mudah...kalau mereka lalui apa yg pernah aku lalui dulu, pasti mereka juga akan dpt rasa dan faham apa yg aku rasa...tapi, jodoh di tangan Tuhan...kita juga tak boleh menentang Qada' dan Qadar yg ditentukan...kalau ada jodoh, siapa yg tahu kan? mungkin, esok, lusa, tulat....


Cuma apa yg aku harapkan, kali ini biarlah lelaki itu betul-betul ikhlas menerima diriku dan anakku seadanya...coz my daughter is my opportunity...kalau dia terima anakku kerana aku, lebih baik dia lupakan hasratnya...kalau dia terima anakku kerana terpaksa, lebih baik jangan...itu hanya akan mendatangkan kemudaratan di kemudian hari...lebih baik aku mengenali seseorang itu dengan menyelidik terlebih dahulu latar belakangnya sebelum menerima dia dalam hatiku...cukuplah dgn apa yg aku lalui dahulu...aku taknak lagi pisang berbuah dua kali...kali ini aku tidak boleh pentingkan diri sendiri...aku ada anak yg perlu diberi kasih sayang, yg perlu diberi perhatian, yg perlu diberi didikan...seandainya lelaki itu tiada tanggungjawab dan sukar utk membe
ri kasih sayangnya pada anakku, lebih baik aku cabut dulu...aku bukan cakap kosong...tapi aku menilai setiap orang yg cuba mendekati diriku...nampaknya, lebih ramai yg berminat padaku tetapi tidak pada anakku...mereka tidak pernah pun tanya khabar anakku...kalau mahu ajak keluar, tidak pernah pula mengajak bawa anakku bersama walaupun sebelum itu kami pernah keluar berdua beberapa kali...dari situ aku dapat menilai keikhlasan dan hati budinya...dari situ juga aku dpt lihat, mereka berkawan atas dasar apa...mereka berkawan utk mengambil kesempatan agaknya...dan dari situ juga aku perlu lebih berhati-hati...

Mungkin mereka lupa agaknya mereka berkawan dgn siapa...memanglah aku bukan artis atau selebriti...apa mereka ingat aku ini seperti gadis-gadis lain yg boleh keluar sesuka hati? apa mereka ingat, statusku yg bergelar ibu tunggal, mereka boleh buat apa yg mereka suka? apa mereka ingat, dgn statusku begini, aku boleh berpeleseran dan keluar hingga lewat malam? maaf, aku bukan seperti mereka...aku juga masih ada ibu bapa yg perlu dijaga airmukanya...aku ada anak yg perlu diberi perhatian dan belaian seorang ibu meskipun dia tak pernah merasa kasih sayang ayah kandungnya...bila ku kenangkan perbuatan ayahnya itu, semakin aku takut utk menerima lelaki dlm hidup kami...kerana aku takut utk menghadapi masa akan datang seandainya bertemu lelaki yg salah lg...traumaku belum hilang sepenuhnya...aku tak mahu anakku menerima nasib yg sama seperti aku...aku tak mahu anakku dianiaya bapa tiri...aku tidak mahu anakku dianiaya oleh lelaki durjana kelak...

Ya Allah, Kau lindungilah kami berdua dan mereka yg lemah serta tidak berdaya...Kau berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi hari-hari yg mendatang...kurniakanlah kami kebahagiaan dan kebaikan di dunia dan di akhirat...Ya Allah, murahkanlah rezeki bagi kami...kasihanilah kami...dan kasihilah kami...amin ya rabbala'lamin...

Semoga di tahun 2011 ini, adalah tahun yg lebih baik dari sebelumnya...semoga kita semua mendapat keberkatan hidup dari Ilahi...amin... ;)




my baby and i

("asyik pergi majlis kahwin orang je...bila lagi kenduri sendiri?" huhu...soalan cepumas yg selalu ditanya...)

Thursday, September 2, 2010

Nukilan Untuk Penawar Hati Mama...


Aleeya...

Kau ditakdirkan untukku

Diamanahkan kepadaku untukku memelihara

Diberi tanggungjawab untukku menyusukan

Diberi tanggungjawab untukku membelai

Diberi tanggungjawab untukku memberi kasih sayang

Dan diberi tanggungjawab untukku menjaga dan mendidik...


Kerana...mama adalah ibumu...mama juga sebagai ayahmu...


Mama perlu kuat dan tabah...

Agar dirimu menjadi anak yang baik

Agar dirimu menjadi anak yang bertanggungjawab

Agar dirimu menjadi anak yang pandai

Agar dirimu menjadi anak yang menghormati

Agar dirimu menjadi anak yang solehah

Dan berakhlak mulia...walaupun dirimu hanya insan biasa...


Aleeya...

Mama marah, bukan bererti mama tak sayang

Mama sibuk, bukan bererti mama tak ingat

Mama terlupa, bukan bererti mama alpa

Mama berdiam, bukan bererti mama tak beri perhatian...


Tapi...

Mama bukanlah wanita yang sempurna

Untuk mama berikan segala yang ada di atas muka bumi ini...


Ketahuilah anakku...

Sekalipun diberi ujian dan dugaan

Mama tetap mencintai dan menyayangimu

Anugerah yang tidak ternilai dari Yang Maha Esa

Harta di dunia dan di akhirat yang mama ada

Hanya dirimu, anakku...


Bila mama penat, kau berikan senyuman manis padaku

Bila mama marah, kau akui kesilapanmu dan ambil hatiku

Bila mama menangis, kau memujuk sambil memelukku

Bila mama ketawa, kau pun turut ketawa walau tidak mengerti apa-apa...


Sayang mama...

Kaulah penawar hatiku...


Love,

MAMA



Friday, March 19, 2010

SaLaM...

Lama sudah tak menjengah my blog...huhu...tiada idea utk menulis...tiada masa untuk sign in...asyik dgn facebook je la kan...lalalala~

How r u, guy
s??? I'm doin' great here...alhamdulillah, kehidupan semakin baik...my lil' butterfly, Aleeya pun makin besar...dah 2 tahun umurnya...cepat tul masa berlalu...mengenangkan umurku yg makin hari makin tua...huhu...this year masuk 28 tahun...aduiiii...tak sanggup nak count hari2 yg mendatang...angka 30 semakin hampir...arrggghhh! ntah kenapa perasaan ni berdebar je dgn usia 30 tahun...apa kes??? hahaha! sengal... ;p

Last 2 weeks kami adakan Birthday Party for my princess yg ke-2 tahun...very happening...aleeya pun
seronok ramai orang dtg ke rumah...ada ramai kawan...dah 2 tahun jadi mama Aleeya, sekelip mata Aleeya membesar...syukur Alhamdulillah...moga Allah panjangkan umurnya, dikurniakan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu hendaknya...amin...mama always love u, my dear...mmmuuuuaahhhh!!!

So touching bila sebut pasal anak...ntah kenapa perasaan itu muncul pd setiap ibu yg berjiwa penyayang...hehe...of coz la kan...aku yg mengandung dan melahirkannya...dah tentu naluri dan jiwaku begitu kuat pd anak...apa-apa yg kulakukan, pasti dahulukan anak...kalo dulu sebelum kawin, fikir diri sendiri je...now semuanya anak...hikhik...

Ini antara gambar-gambar masa Birthday Party Aleeya pada 6.3.2010 (Sabtu) :-

Decoration ~ Made by Me & My mom


Hall


18" Balloon For Aleeya


Birthday Girl


my lil' butterfly


Birthday Cake


Potong Kek


Dira & Angel pun hadir




The Presents


Terima kasih pada semua yang sudi hadir pada majlis kami...really appreciate it... ;)


Tuesday, January 5, 2010

Welcome 2010 !!!

Masih belum terlambat utk wish Selamat Tahun Baru kpd semua...cepatnya masa berlalu...pejam celik pejam celik, umurku akan bertambah satu tahun lg...uhuhu...anakku juga masuk umur 2 tahun...seronok melihat anak membesar di depan mata...aku seorg mama??? macam tak percaya! eheh...maybe coz status aku sbg ibu tunggal maka aku berperasaan begitu...

Tahun baru...mulakan hidup baru, misi dan visi baru...syukur, Alhamdulillah...rezeki semakin bertambah...pada hari pertama bekerja di tahun baru, dapat pula berita baik...naik pangkat dan naik gaji...syukur yg amat ke hadrat Ilahi...berita yg sangat menggembirakan...tapi, makin bertambahlah tanggungjawab yg harus kupikul...di rumah, aku sebagai seorang anak sulung dan ibu kepada anak tunggalku...manakala di pejabat, aku sebagai seorang executive...akan ku cuba buat yg terbaik utk parents, anakku dan syarikat...wah, inilah azam baru aku...hihihi...ikutkan terlalu banyak azam yg belum mampu tercapai...kita hanya merancang, Allah juga yg tentukan...

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku yg lalu...ampunkanlah dosa-dosa kedua ibubapaku...kasihi mereka sebagaimana mereka mengasihiku semenjak aku kecil lagi...sejahterakanlah kehidupan kami sekeluarga...murahkanlah rezeki bagi kami...jauhi kami dari keburukan dan kejahatan...jauhi kami dari hasad dengki hati manusia...jauhi kami dari penganiyaan...jauhi kami dari malapetaka dan bencana...

Ya Allah, semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya...kurniakanlah kebahagiaan bagi kami di dunia dan di akhirat...Kau berkatilah kehidupan dan pekerjaan kami...

Ya Allah, lindungilah anakku...jauhi anakku dari akhlak dan sifat buruk...jauhi anakku dari kejahatan...jauhi anakku dari penganiayaan...permudahkanlah bagiku untuk pelihara dan mendidik amanahMu ini...agar anakku menjadi anak yg solehah dan baik budi pekerti...kurniakannya akal dan minda yg cerdik...tunjukkan kami ke jalan yg Kau redhai...berilah kami petunjuk dan hidayahMu Ya Allah...agar kami menjadi insan yg murni dan solehah...yg beriman dan bertaqwa...

Ya Allah, hanya Engkau Maha Mengetahui apa yg terbaik bagi kami Ya Allah...perkenankan doa-doaku...wahai Tuhan Alam Semesta...Amin Ya Rabbal'alamin...

Tuesday, December 29, 2009

Perkahwinan Ain & Meor

Tanggal 26.12.2009 (Sabtu) berlangsungnya perkahwinan sepupuku (Ain) di Pulau Gadong, Melaka...aku diberi kepercayaan untuk menjadi jurusoleknya...pakaian adalah pilihan pengantin sendiri coz kerja aku cuma make-up dan sediakan accessories...part time job katakan...inilah hasilnya...hehe...

Majlis Akad Nikah :


















Majlis Persandingan :













Alhamdulillah, semua berpuas hati dengan hasil mekap itu...
Syukur majlis berjalan lancar dan cuaca pun baik walau panas terik...

Tahniah, Ain & Meor!!!
Selamat Pengantin Baru...
Moga bahagia ke akhir hayat...Amin... ;)

Tuesday, December 15, 2009

Mutiara Kata

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu...."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali...