WoW!!! Cepatnya masa berlalu...terasa baru semalam Januari 2010...sekarang (12.30am) sudah melangkah 1.1.2011...makanya umurku juga akan menginjak ke-29 walaupun tarikh lahirku di pertengahan 2011...huhu~ mak dah tueee.......inikan pula dah lama aku tak mencoret sebarang topik di sini...al-maklumlah, kerjaku yg semakin byk dan tanggungjwbku yg semakin berat menghadkan masa ku utk menulis di blog...semoga u all sempat meluangkan masa membaca coretanku yg tak seberapa ini... :' P
Tetapi, ada yg lebih membuatkan aku tak percaya ~ anakku akan menjejaki usia 3 tahun dlm masa 2 bulan dr sekarang (4.3.2011)!!! pergh! biau betullll...hihihi...mcmana pun, org kata kami dua ni mcm adik dgn kakak! ekeke...bertambah kembang la aku yg semakin mengembang ni...adedehhh...kena diet blk nih...huhu~ (^^)v
Seperti biasa, hidupku tidak pernah menetapkan azam tiap kali melangkah ke tahun baru...bagiku, azam tidak perlu menunggu tahun baru...azam yg perlu ada dlm diri bila2 masa pun akan dititipkan...dan yg penting, perlu ada kesungguhan...kalau setakat hangat2 tahi ayam, buat apa kan? lebih baik lupakan je azam tu...
Kali ini, aku cipta record...cipta AZAM ~ membina hidup baru dgn lebih baik dr sebelumnya serta menjadi ibu yg mithali dan solehah...yg tegas, tetapi penuh kasih sayang...byk juga sms yg ku perolehi dr sahabat handai yg mendoakan kebaikan utkku dan anak...terima kasih kepada semua yg mengingatiku...moga mereka mendapat rahmat dari Allah swt di atas doa-doa tersebut... :)
Malam ini waktu menulis entry ni, aku berada di rumah ibu saudara di Bukit Mahkota...semestinya ramai yg keluar menghabiskan masa melepak di luar menyambut Tahun Baru 2011...sebaliknya aku memilih malam tahun baru ini utk lepak bersama keluarga di sini...kemungkinan hari ini kami akan ke Cameron Highlands bersama makcikku sekeluarga...bunyi mcm best je...tp, belum tahu samada nak join ke taknak ni...erm, rasa mcm nak pergi coz ini juga adalah kali pertama anakku jejakkan kaki di sana...dan di Cameron Highlands jugalah tempat aku dan bekas suami honeymoon dulu...maka wujud lah Raja Aleeya Zulaikha selepas itu hasil dari benih kami berdua...huhu..suburnya aku tika itu...bunting pelamin...hihihi...tuptup dah 3 tahun berlalu sejak kali terakhir ke sana dan hari ini pula keluargaku rancang utk ke Cameron Highlands...err...redah je la kot...
Apakah azam baru kalian? Mesti ada yg plan nak cari duit lebih, nak kahwin, nak bina keluarga bahagia...kahwin? sebut pasal kahwin, aku pula yg tersentap...last weekend blk kg...ntah dah berapa org tanya aku dah ada pengganti ke belum? adedehhh...soalan cepumas apakah ini? serasa belum bersedia utk semua tu...paling best bila ada saudara yg tanya (risik) direct depan-depan ibuku dan makcik-makcikku yg lain...hahaha...macam-macam la kan...hmmm...betul, aku belum bersedia utk berkahwin kali kedua...entah bila agaknya fobiaku akan hilang? mungkin berkawan atau bercinta itu boleh...tapi, berkahwin............erm...err.........
Mungkin orang kata, lupakan kisah lama, mulakan hidup baru...jangan putus asa hanya disebabkan peristiwa pahit yg telah kulalui dulu....cakap mungkin mudah...kalau mereka lalui apa yg pernah aku lalui dulu, pasti mereka juga akan dpt rasa dan faham apa yg aku rasa...tapi, jodoh di tangan Tuhan...kita juga tak boleh menentang Qada' dan Qadar yg ditentukan...kalau ada jodoh, siapa yg tahu kan? mungkin, esok, lusa, tulat....
Cuma apa yg aku harapkan, kali ini biarlah lelaki itu betul-betul ikhlas menerima diriku dan anakku seadanya...coz my daughter is my opportunity...kalau dia terima anakku kerana aku, lebih baik dia lupakan hasratnya...kalau dia terima anakku kerana terpaksa, lebih baik jangan...itu hanya akan mendatangkan kemudaratan di kemudian hari...lebih baik aku mengenali seseorang itu dengan menyelidik terlebih dahulu latar belakangnya sebelum menerima dia dalam hatiku...cukuplah dgn apa yg aku lalui dahulu...aku taknak lagi pisang berbuah dua kali...kali ini aku tidak boleh pentingkan diri sendiri...aku ada anak yg perlu diberi kasih sayang, yg perlu diberi perhatian, yg perlu diberi didikan...seandainya lelaki itu tiada tanggungjawab dan sukar utk memberi kasih sayangnya pada anakku, lebih baik aku cabut dulu...aku bukan cakap kosong...tapi aku menilai setiap orang yg cuba mendekati diriku...nampaknya, lebih ramai yg berminat padaku tetapi tidak pada anakku...mereka tidak pernah pun tanya khabar anakku...kalau mahu ajak keluar, tidak pernah pula mengajak bawa anakku bersama walaupun sebelum itu kami pernah keluar berdua beberapa kali...dari situ aku dapat menilai keikhlasan dan hati budinya...dari situ juga aku dpt lihat, mereka berkawan atas dasar apa...mereka berkawan utk mengambil kesempatan agaknya...dan dari situ juga aku perlu lebih berhati-hati...
Mungkin mereka lupa agaknya mereka berkawan dgn siapa...memanglah aku bukan artis atau selebriti...apa mereka ingat aku ini seperti gadis-gadis lain yg boleh keluar sesuka hati? apa mereka ingat, statusku yg bergelar ibu tunggal, mereka boleh buat apa yg mereka suka? apa mereka ingat, dgn statusku begini, aku boleh berpeleseran dan keluar hingga lewat malam? maaf, aku bukan seperti mereka...aku juga masih ada ibu bapa yg perlu dijaga airmukanya...aku ada anak yg perlu diberi perhatian dan belaian seorang ibu meskipun dia tak pernah merasa kasih sayang ayah kandungnya...bila ku kenangkan perbuatan ayahnya itu, semakin aku takut utk menerima lelaki dlm hidup kami...kerana aku takut utk menghadapi masa akan datang seandainya bertemu lelaki yg salah lg...traumaku belum hilang sepenuhnya...aku tak mahu anakku menerima nasib yg sama seperti aku...aku tak mahu anakku dianiaya bapa tiri...aku tidak mahu anakku dianiaya oleh lelaki durjana kelak...
Ya Allah, Kau lindungilah kami berdua dan mereka yg lemah serta tidak berdaya...Kau berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi hari-hari yg mendatang...kurniakanlah kami kebahagiaan dan kebaikan di dunia dan di akhirat...Ya Allah, murahkanlah rezeki bagi kami...kasihanilah kami...dan kasihilah kami...amin ya rabbala'lamin...
Semoga di tahun 2011 ini, adalah tahun yg lebih baik dari sebelumnya...semoga kita semua mendapat keberkatan hidup dari Ilahi...amin... ;)
my baby and i
("asyik pergi majlis kahwin orang je...bila lagi kenduri sendiri?" huhu...soalan cepumas yg selalu ditanya...)





tersentuh dgr luahan hati kak zura semoga jumpe ape yg akak cari ;)
ReplyDeletethank you, dear... :)
ReplyDelete